* S-20


kata sahabat adalah sebuah kata yang menandakan bahawa manusia adalah makhluk sosial namun demikian besar erti sebenarnya dari sebuah persahabatan sehingga membuatnya begitu bererti. kadang sahabat dapat membuat hari-hari yang kita lalui benar-benar indah dan memiliki banyak cerita, namun kadang juga sahabat membuat kenangan terburuk untuk kita sepanjang hidup.
tetapi kadang kala juga sahabat boleh berakhir indah atau boleh juga buruk, saya mungkin punya sebuah persepsi bahawa persahabatan tidak boleh diakhiri dengan sebuah kata cinta, dan persepsi itu dah menjadi prinsip semenjak saya mengenal arti persahabatan.
namun, saya juga tidak boleh anggap bahawa hal yang bertentangan tersebut banyak terjadi disekitar saya dan harapan saya agar saya tidak menjadi sebahagian dari itu, sebab saya ingin menempatkan erti sahabat sebenar-benarnya sahabat, walaupun banyak cerita negatif yang mendekatkan saya akan hal cinta sesama sahabat… :(
untuk saya sahabat adalah sahabat, dan sahabat terbaik adalah sahabat yang tahu bila  dia atau kita memerlukannya .
::memerlukan waktu yang lama untuk membangun sebuah persahabatan, tetapi hanya memerlukan waktu singkat untuk menghancurkannya::

No comments:

Post a Comment